SERDANG – Kebakaran hutan seluas kira-kira 1.2 hektar di kawasan berbukit di Taman Seri Timah, Balakong, dekat sini malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, , tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.
Setakat pukul 10 malam, usaha pemadaman api masih diteruskan di lokasi, sehingga malam ini, katanya.

Menurut Ahmad Mukhlis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 7.02 malam.
Susulan itu seramai 14 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn digerakkan ke lokasi dan tiba pada pukul 7.25 malam.
“Sebaik anggota tiba mendapati, kebakaran melibatkan kawasan hutan di atas bukit dengan anggaran keluasan kira-kira 1.2 hektar.
“Tiga jentera digunakan dalam operasi melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS).
“Operasi turut dibantu anggota dari BBP Seri Kembangan serta dua pasukan bomba sukarela (PBS) iaitu PBS Balakong dan PBS Serdang,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette
















