PUCHONG – Seorang lelaki warga asing ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan tangga sebuah rumah kedai berdekatan Lotus Puchong Perdana di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah sekitar pukul 8.30 malam sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.
Tinjauan MalaysiaGazette di lokasi juga mendapati anggota dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama seekor anjing pengesan berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa yang belum pasti identitinya itu bekerja di negara ini dan menyewa bilik di rumah kedai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat warga asing itu.
Tambah beliau, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kejadian itu. – MalaysiaGazette
















