KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski menaruhkan skuad terbaik menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (KL) pada 18 November di sebalik kehilangan tujuh pemain warisan yang terpalit dengan skandal dokumen palsu.
Menerusi senarai 27 pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan bermula Isnin ini, nama-nama besar seperti Arif Aiman Hanapi, Dion Cools serta Faisal Halim masih diberi kepercayaan.
Tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies, kembali tersenarai memperkuat pasukan selepas terlepas panggilan lalu.
Sergio Aguero dan Endrick dos Santos juga antara tiga bintang luar negara terus mendapat panggilan antarabangsa bersama Harimau Malaya menggalas misi tersendiri.
Berdasarkan itu, Cklamovski telah mengekalkan seramai 24 pemain daripada skuad menentang Laos seorang lagi pemain daripada skuad bawah 23 tahun (B-23) tahun iaitu, Aliff Izwan Yuslan.
Pengendali kelahiran Australia itu turut membawa masuk seorang muka baharu iaitu pemain Kuala Lumpur (KL) City, Ryan Lambert.
Pada masa sama, pemain negara kelahiran Amerika Syarikat Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal dan bintang Negeri Sembilan FC, Luqman Hakim berada dalam senarai bersedia.
Keputusan itu menyampaikan mesej jelas daripada pengendali kelahiran Australia tersebut, iaitu mahu meraih tiga mata penuh bagi mengukuhkan lagi kedudukan di tangga teratas Kumpulan F. – MalaysiaGazette















