Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun dilaporkan trauma selepas dicabul seorang pelajar lelaki di tandas sebuah sekolah menengah di Cheras, Selasa lalu.

Kejadian itu disedari ibu mangsa selepas anaknya memaklumkan seorang rakan sekelas telah bertindak tidak senonoh terhadapnya di kawasan sekolah.

Remaja berkenaan kemudian segera meninggalkan kawasan sekolah sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya.

Susulan itu, keluarga mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Cheras bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Satu laporan polis telah diterima dan siasatan sedang dijalankan ketika ini,” katanya ringkas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast