KUALA LUMPUR – Kelab Penyokong Bolasepak Selangor (SSFC) mendesak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon dan Pengarah Teknikalnya, Datuk Shahril Mokhtar meletakkan jawatan susulan kegagalan pasukan dalam kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) serta prestasi tidak konsisten musim ini.
SSFC dalam satu kenyataan berkata, desakan itu dibuat bagi mewakili suara penyokong yang kecewa dengan hala tuju dan prestasi pasukan Gergasi Merah sepanjang musim 2025.
“Kelab SSFC mewakili suara penyokong Selangor FC mendesak Dr Johan Kamal dan Datuk Shahril untuk melepaskan jawatan masing-masing dalam pengurusan Selangor FC.
“Desakan ini dibuat atas kegagalan pasukan Selangor FC meneruskan cabaran dalam Kempen ACL 2 berserta prestasi pasukan yang dilihat terumbang-ambing pada tahun ini,” kata kelab itu Facebook hari ini.

Walaupun berjaya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama namun akibat kealpaan benteng pertahanan Selangor menyaksikan pasukan pelawat berjaya bangkit untuk melakar kemenangan.
Selepas perlawanan, Stadium MBPJ bertukar kecoh apabila ada penyokong yang kecewa masuk ke padang dan cuba meluahkan kemarahan mereka namun berjaya dikawal oleh pasukan keselamatan.
Insiden tersebut tidak terhenti setakat itu apabila kekecohan bersambung di luar stadium apabila sekumpulan penyokong mengepung laluan keluar stadium itu dan mahu bersemuka dengan Johan.
Bagaimanapun, Situasi itu menyebabkan kapten Selangor FC, Faisal Halim berjumpa dengan penyokong di luar stadium untuk menenangkan keadaan. – MalaysiaGazette















