Laluan sementara akan di buka bersebelahan Jambatan Bailey di laluan utama masuk ke gugusan Felda Selancar dan Perwira Jaya tidak lama lagi

ROMPIN – Berita baik buat penduduk di Gugusan Felda Selancar dan Perwira Jaya. Pembinaan jambatan kekal di laluan utama yang runtuh dan terputus sebelum ini dijangka akan dimulakan tidak lama lagi.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Ir Razali Kassim berkata, laluan sementara di lokasi tersebut telah siap dibina dan dijangka akan dibuka kepada pengguna jalan raya dalam masa terdekat.

“Kerja-kerja untuk jalan sementara tu sudah siap dan mungkin akan mula dibuka tidak lama lagi untuk laluan pengguna jalan raya.

“Apabila laluan sementara ini dah siap, baru lah kerja-kerja pembinaan jambatan kekal akan dilaksanakan. Jambatan Bailey sedia ada ni akan dibuka dan akan dibina jambatan baru. Sebab, asal sebelum ini calvert sahaja,” katanya.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Ir Razali Kassim (kiri) dan Pengarah JPJ Pahang, Syed Ahmad Khairulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman

Beliau ditemui selepas merasmikan Komuniti Selamat di Jalan Raya Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Malaysia, dan Pengarah JPJ Pahang, Syed Ahmad Khairulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman, di Felda Selancar, di sini hari ini.

Terdahulu, dilaporkan Jalan utama ke Felda Selancar dan Perwira Jaya, di sini terputus hubungan sejak bulan Mac 2023 selepas ia runtuh akibat limpahan air deras susulan hujan lebat.

“Diharapkan dengan pembinaan jambatan baru ini, tidak ada lagi isu masalah putus hubungan dan selain itu dapat kurangkan risiko banjir,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast