Suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. - Foto Ihsan IPD Tawau

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di kawasan Batu 2 Jalan Apas, Tawau, Sabah.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata suspek ditahan ketika sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tawau  sedang menjalankan  operasi di kawasan berkenaan. 

“Dalam operasi yang dijalankan, narkotik Tawau berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia anggaran 30 tahun.

“Turut dirampas,  sepaket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan berat lebih kurang 0.47 gram daripada suspek.

“Suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Hasil saringan ujian air kencing yang dijalankan juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast