Pada Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena 1 November lalu, Allahyarham turut membuat kejutan buat anaknya dengan menaiki pentas dalam keadaan berkerusi roda.

KUALA LUMPUR – Ibu kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Allahyarham Halizawati Salleh meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuching, Sarawak malam tadi selepas kurang dua minggu muncul di konsert solo anaknya.

Berita sedih itu dikongsi oleh Hafiz, 35, dalam akaun Facebooknya.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… Hilangnya doa seorang ibu,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini difahamkan, Halizawati, 62, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.40 malam akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Pada Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena 1 November lalu, Allahyarham turut membuat kejutan buat anaknya dengan menaiki pentas dalam keadaan berkerusi roda.

Hafiz sebelum ini memberitahu dia kini menetap di Kuching, Sarawak bagi menjaga kedua ibu bapanya yang uzur.

Allahyarham menghidap penyakit diabetes kronik hingga kaki kirinya terpaksa dipotong ke paras lutut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast