Seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi jalan Kampung Petanak

MUKAH – Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun di sini semalam ditahan polis hari ini kerana disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine atau syabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Supritendan Muhamad Rizal Alias, tangkapan dilakukan sekitar 11.20 pagi semalam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah berdasarkan maklumat awal.

“Suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, dan mengaku mula menagih sejak Mei tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Suspek direman selama tiga hari sehingga 14 November di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi melengkapkan siasatan.

Suspek yang tidak bekerja direman selama tiga hari sehingga 14 November bagi melengkapkan siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast