Mayat nelayan tempatan yang hilang selepas keluar mencari ketam ditemui berhampiran Sangkar Pancing Barakah, Kukup, Pontian hari ini.

PONTIAN – Seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari ketam ditemui berhampiran Sangkar Pancing Barakah, Kukup di sini hari ini.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, mangsa Tan Swee Kuan, 65, ditemui pada pukul 4.20 petang.

“Mangsa ditemui oleh anggota Polis Marin yang melakukan rondaan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Kukup bagi proses pengecaman oleh ahli keluarga. Adik kandung mangsa telah mengesahkan mayat yang dijumpai sebagai mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan turun ke laut dari Jeti Rambah pukul 1.30 petang semalam, namun gagal pulang sehingga pukul 7.15 malam.

Keadaan itu menyebabkan isterinya memaklumkan kejadian kepada abang ipar sebelum laporan polis dibuat.

Operasi SAR digerakkan dan bot nelayan miliknya ditemui di kawasan pokok bakau sekitar Pantai Rambah.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Nelayan warga emas dikhuatiri lemas semasa mencari ketam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast