GEORGE TOWN – Seramai 3,954 penjawat awam negeri bakal menerima Bantuan Kewangan Khas (BKK) sebanyak 0.75 bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pembayaran BKK itu akan dibuat pada bulan depan dengan unjuran implikasi kewangan berjumlah RM11.49 juta.
“Maka, sebagai apresiasi kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri, sukacita saya umumkan BKK sebanyak 0.75 bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000,” katanya ketika membentangkan belanjawan berkenaan di Dewan Undangan Negeri di sini.
Selain penjawat awam negeri, kerajaan negeri turut meluluskan bayaran RM300 secara one-off kepada penyelia dan guru KAFA, guru serta kakitangan SRAR, SMAR dan SABK.
Pemberian itu juga dipanjangkan kepada guru tahfiz, guru pondok, guru Tadika Islam (TADIS) dan guru serta kakitangan Sekolah Persendirian Cina melibatkan 3,358 penerima secara keseluruhan. – MalaysiaGazette
















