Abdul Rasheed Ghaffour

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.7 peratus pada sembilan bulan pertama tahun 2025 iaitu dalam julat unjuran rasmi empat hingga 4.8 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, ia mencerminkan daya tahan negara yang berterusan dalam menghadapi cabaran global.

Katanya, pada masa hadapan, keadaan ekonomi global akan kekal mencabar dan perlu tetap memperkukuh penampan ekonomi bagi menghadapi sebarang kemungkinan rintangan.

“Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada tahun 2025 dan 2026

“Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana untuk baki tahun 2025 disokong oleh permintaan dalam negeri yang stabil dan keadaan kos global yang terus reda.

“Faktor-faktor ini bersama-sama dengan langkah-langkah Kerajaan untuk mengimbangi kesan pembaharuan dasar dalam negeri terhadap isi rumah akan membantu mengekalkan persekitaran inflasi yang rendah dan stabil,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Mengulas lanjut, Abdul Rasheed berkata, menuju tahun 2026, inflasi dijangka kekal sederhana berikutan permintaan dalam negeri yang mampan.

Selain itu kata beliau, ia dibantu keadaan pasaran pekerja yang stabil dan keadaan bekalan yang menggalakkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast