Gamabaran lokasi gempa bumi yang berlaku pada jam 1.33 petang, hari ini. -Sumber Met Malaysia.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan bahawa satu gempa bumi sederhana telah berlaku Kepulauan Talaud, Indonesia pada jam 1.33 petang hari ini.

Menurut kenyataan MET Malaysia, gempa bumi tersebut direkodkan pada kadar magnitud 5.5 dengan pusat gempa berlokasi pada koordinat 4.0 Utara dan 126.9 Timur.

Jelasnya, jarak koordinat ini terletak kira-kira 33 kilometer di Timur Kepulauan Talaud, Indonesia yang dikesan pada kedalaman 10 kilometer.

Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia berikutan daripada kejadian tersebut, katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast