Lombong di Kampung Badlishah, Serdang, Kedah.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di lombong dekat Kampung Badlishah, Serdang, Kedah pada tengah hari tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.13 tengah hari.

Setibanya pasukan bomba di lokasi, mangsa, Muhammad Al Fateh Zuhairi, telah berjaya diselamatkan oleh bapanya namun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Anggota bomba segera memberikan rawatan awal, sebelum pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast