Seorang lelaki warga emas cedera parah manakala dua individu lain mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran susur Saujana Utama, di Sungai Buloh.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8.20 pagi tadi.















