Foto: Hakim Danish

KUALA LUMPUR – Pelumba muda berbakat negara Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan saingan di kedudukan ke-14 perlumbaan Moto3 pada Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol hari ini.

Pelumba berusia 18 tahun yang berlumba untuk pasukan FRINSA MT Helmets MSi bagi menggantikan pelumba Jepun Ryusei Yamanaka yang mengalami kecederaan, tetap bekerja keras memberikan saingan sengit untuk menyumbang dua mata selepas memulakan perlumbaan di petak ke-18.

Perlumbaan itu berkesudahan Adrian Fenandez daripada pasukan Leopard Racing muncul juara dengan catatan masa 32 minit 48.909 saat (s), diikuti pelumba Red Bull KTM Ajo Alvaro Carpe (+0.286s) di tempat kedua dan pelumba Honda Team Asia Taiyo Furusato (+0.109s) di tempat ketiga.

GP Valencia adalah perlumbaan terakhir Moto3 musim ini.

Hakim Danish sebelum ini diumumkan akan beraksi sepenuh musim dalam kelas Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun depan bersama pasukan itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast