Salah seorang mangsa yang terlibat dalam insiden kepala air dekat Pintasan Saloma, Kuala Lumpur, 17 November 2025.

KUALA LUMPUR – Pasukan mencari dan menyelamat masih giat menjalankan operasi bagi mengesan seorang lelaki yang dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma, di sini, petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 petang.

Katanya, semasa insiden tersebut terdapat 13 pekerja penambahbaikan Sungai Klang di bahagian bawah yang tidak sempat menyelamatkan diri apabila kepala air sampai ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, 12 daripada 13 mangsa terbabit berjaya diselamatkan.

“Dua belas mangsa yang berjaya diselamatkan terdiri daripada tujuh warga Indonesia, empat warga Bangladesh dan seorang Melayu.

“Manakala seorang lelaki warga India yang memandu Pajero dipercayai masih hilang,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast