Tiga akta akan dipinda pada tahun depan sebelum pelaksanaan sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF). Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, ia melibatkan Akta Jalan Persekutuan, Akta Pengangkutan Jalan dan Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).















