Seorang lelaki ditangkap cuba menyeludup 250 karton rokok di perairan Pulau Tetagan. - Sumber PDRM.

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah berjaya menumpaskan cubaan penyeludupan rokok tidak bercukai dalam satu operasi rondaan keselamatan di perairan Pulau Tetagan, Semporna malam tadi.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah, Superintendan Jaffri Bidin berkata, operasi pada pukul 10.05 malam itu pada mulanya menahan sebuah bot bergerak laju dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga tempatan berada di atas bot berkenaan dan dipercayai sedang melakukan aktiviti penyeludupan dari negara jiran melalui jalan laut.

“Polis menjumpai lima guni yang di dalamnya terisi 250 karton rokok tidak bercukai jenama L3 Menthol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Jaffri, kes itu kini disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Beliau menegaskan, PPM akan terus mempergiatkan rondaan bagi memperkukuh risikan dan memastikan perairan negara kekal selamat serta bebas daripada ancaman penyeludupan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast