SEOUL – Sebuah feri Korea Selatan yang membawa 267 orang terkandas di sebuah pulau yang tidak berpenghuni di luar pantai barat daya negara itu pada hari Rabu, kata pihak berkuasa.
Kapal penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Pulau Jeju ke bandar pelabuhan Mokpo apabila ia terkandas selepas jam 8 malam (1100 GMT).
“Setakat ini, tiada laporan membabitkan kemalangan jiwa,” kata kenyataan Pengawal Pantai, yang tidak memperincikan puncanya.
Operasi sedang dijalankan untuk menyelamatkan 246 penumpang dan 21 anak kapal di atas kapal.
Gambar yang dikeluarkan oleh agensi berita Yonhap menunjukkan haluan feri yang terhimpit pada cerun pulau yang dilitupi pokok.
Imej lain menunjukkan penumpang menunggu untuk diselamatkan, kebanyakan mereka memakai jaket keselamatan.
Presiden Lee Jae Myung mengarahkan “usaha menyelamat dilakukan dengan pantas” dan mengarahkan pegawai untuk memberikan maklumat terkini kepada orang ramai, kata pejabatnya.
Pada tahun 2014, sebuah feri yang membawa lebih 470 penumpang — kebanyakannya murid dalam lawatan sekolah — terbalik di luar pantai barat daya, mengorbanka 304 orang dalam bencana maritim terburuk di Korea Selatan.
Bangkai kapal feri Sewol yang diselamatkan itu dibawa ke Mokpo hampir tiga tahun kemudian. – Agensi
















