Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global diunjur perlahan kepada 2.5 peratus pada 2026 dan 2.6 peratus pada 2027, daripada anggaran 2.7 peratus pada 2025 dan pertumbuhan 2.8 peratus pada 2024, disebabkan oleh perdagangan dan pelaburan yang perlahan, menurut Moody’s Analytics Inc.

Ketua Ekonomi Pasaran Jepun dan Negara-Negara Membangun Moody’s Analytics Stefan Angrick dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, pertumbuhan tahunan Amerika Syarikat akan berpurata kurang daripada dua peratus dari 2025 hingga 2027, jauh perbezaannya daripada kadar hampir tiga peratus pada 2024.

Eropah dan Asia akan terjejas apabila eksport semakin lemah, dasar fiskal akan membantu meletakkan asas untuk pertumbuhan di Eropah.

“Penggubal dasar di Asia akan lebih keberatan untuk menawarkan sokongan. Pertumbuhan KDNK China akan perlahan kepada kurang daripada 4.5 peratus pada 2026, daripada jangkaan 4.9 peratus pada 2025,” katanya.

Angrick berkata, perjanjian perdagangan baru-baru ini memberikan kelegaan dalam tempoh jangka pendek tetapi membiarkan pertikaian penting tanpa penyelesaian.

“Garis asas kami mengandaikan tiada peningkatan dalam pergeseran perdagangan. Bagaimanapun, peningkatan berkala diikuti oleh penyelesaian sementara berkemungkinan akan mencetuskan ketidakpastian berterusan.

“Negara-negara maju yang rapat dengan Amerika Syarikat (AS) menerusi hubungan ekonomi, politik dan strategik yang kukuh telah terjejas oleh persaingan China (dan kos tenaga lebih tinggi dalam kes Eropah) adalah yang paling terdedah.

“Walaupun tetapan tarif AS terbaharu akan membawa sedikit kelegaan, duti masih akan terjejas,” katanya.

Beliau berkata, pertumbuhan dipacu eksport adalah tulang belakang untuk kebanyakan negara-negara di Asia, corak yang diperkukuhkan oleh pandemik sebelum ini, bagaimanapun pergerakan mata wang sedang mengurangkan kesan daripada tarif AS.

Mata wang di rantau Asia-Pasifik telah merosot di bawah purata sebelum tempoh pandemik, yen Jepun telah susut lebih daripada 30 peratus sejak 2019.

“Kebanyakan negara Kesatuan Eropah menghadapi duti yang serupa dengan dikenakan ke atas negara-negara maju di Asia tetapi mata wang euro telah mengukuh dan bukannya melemah, sekali gus menambah lagi tekanan daripada tarif,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast