vesel pukat jerut bilis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu kerana melanggar syarat lesen di perairan Telukan. Sumber :Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)
KUALA LUMPUR – Sebuah vesel pukat jerut bilis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu kerana melanggar syarat lesen di perairan Telukan, semalam.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, penahanan dilakukan jam 1.30 petang di kedudukan 0.9 batu nautika timur Tanjung Bangkuruan menerusi Op Pluto Timur 2/2023 dan Op Tiris 3.0.
“Vesel itu dikendalikan seorang tekong warga Filipina berusia 37 tahun bersama seorang warga tempatan berumur 29 tahun serta dua kru bangsa Bajau berusia 23 dan 36 tahun.” katanya
vesel pukat jerut bilis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu
Siasatan awal menunjukkan vesel terbabit melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan pada jarak kurang daripada 0.9 batu nautika dari daratan terdekat.
Menurutnya, peraturan jarak tersebut ditetapkan bagi melindungi ekosistem marin dan memastikan kelestarian sumber perikanan negara terus terpelihara.
Vesel, kru serta hasil tangkapan dibawa ke Jeti Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut.
“Pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha bot nelayan yang ingkar syarat operasi.” ujarnya
Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi undang- undang laut dan segera menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan melalui aplikasi WhatsApp 016-9305727 atau talian kecemasan 999. – Malaysiagazette