Wan Rosdy Wan Ismail ketika membuat lawatan Tapak Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Daerah Maran di Kampung Luit, Maran bagi melihat perkembangan kerja-kerja pemasangan dan menaik taraf sistem bekalan air di kampung berkenaan pada semalam

KUANTAN – Kerja-kerja pemasangan dan menaik taraf sistem bekalan air di Kampung Luit, Maran dijangka siap menjelang April tahun depan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerja-kerja pemasangan di sekitar Kampung Luit itu melibatkan seramai 32,000 pemegang akaun.

“Kemajuan projek ini berada 40 peratus lebih terkehadapan daripada jadual asal.

“Insya-Allah, masalah bekalan air di daerah Maran dapat diselesaikan melebihi 90 peratus dalam masa terdekat.

“Usaha ini adalah selari dengan janji kerajaan negeri untuk menyelesaikan 90 peratus masalah air di seluruh Negeri Pahang menjelang akhir tahun 2025. ,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan di tapak Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Daerah Maran di Kampung Luit, Maran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast