Seorang lelaki mati ditembak ketika sedang makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran berhampiran Nusari Biz Sendayan, Negeri Sembilan. Sumber : media sosial

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mati ditembak ketika sedang makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran berhampiran Nusari Biz Sendayan, Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.23 malam.

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan berlaku insiden tembakan dan serangan menggunakan senjata tajam di lokasi tersebut.

“Mangsa, lelaki tempatan berusia 33 tahun, diserang sejurus berjalan menuju ke keretanya bersama keluarga,” katanya

Siasatan awal mendapati enam suspek bertutup muka menaiki beberapa buah kereta telah menghalang kenderaan mangsa sebelum keluar dengan bersenjatakan pistol dan parang, ujarnya.

Mangsa cuba melarikan diri ke arah jalan raya namun suspek terus mengejarnya lalu melepaskan tembakan sebelum menyerangnya dengan parang.

Alzafny berkata, semakan mendapati mangsa memiliki 42 rekod jenayah pelbagai kesalahan, termasuk samun dan mendatangkan kecederaan.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.” ujarnya

Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Tambah beliau, polis kini giat memburu suspek serta mengesan kenderaan terlibat dan ,motif serangan masih dalam siasatan.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-603222 bagi membantu siasatan. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast