KUALA LUMPUR – Peneraju pakaian ibadah khususnya telekung berkualiti tinggi, Siti Khadijah terus memperkukuh jaringan fizikalnya di pasaran negara ini dengan pembukaan cawangan terbaharu di Bangsar.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai Siti Khadijah Holding, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, butik ke-60 itu muncul sebagai ‘The Home of Siti Khadijah di Kuala Lumpur’ yang memperlihatkan warisan, inovasi dan nilai kerohanian mendasari jenama.
Menurut beliau, pihaknya yakin pengalaman di butik itu yang diperkaya melalui Galeri Pelawat Mini Siti Khadijah akan mendekatkan para pelanggan dengan seribu satu cerita di sebalik perjalanan jenama.
“Setiap kisah disampaikan melalui sesi penceritaan eksklusif, yang menjadi teras dalam memperkukuh hubungan bersama rakan korporat dan pelanggan.
“Kehadiran semua tetamu ini menunjukkan bahawa butik ini bukan sekadar ruang jualan, tetapi juga dijadikan satu hub komuniti dan jaringan profesional, tempat di mana kita boleh bertemu, berkolaborasi, dan mencipta impak bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad Munzir menambah, sempena pembukaan butik baharu itu, pihaknya turut melancarkan tiga koleksi telekung Siti Khadijah terbaharu.
Katanya, tiga koleksi itu adalan ‘Flair Dityaa’ sebagai simbol pengabdian, keanggunan dan gaya abadi; ‘Broderie Safiye’ yang menampilkan sulaman bunga dengan butiran timbul yang lembut pada bahagian kepala serta di sekitar lapisan dalaman.
Koleksi ‘Broderie Rania SE’ pula katanya, diilhamkan oleh pesona halus bunga Poppy yang mempamerkan sulaman halus yang mengalir dalam corak bulat dan berliku.
“Koleksi ini diperkenalkan menerusi pertunjukan fesyen mini, yang turut menampilkan seleksi eksklusif ‘Noah Top’ dan ‘Elira Lines Outerwear’ yang menyerlahkan kepelbagaian pilihan Siti Khadijah yang merangkumi produk gaya hidup.
“Sebagai penghargaan kepada para pelanggan dan #FamiliSK, seramai 100 pengunjung terawal bakal menerima hadiah percuma daripada produk Siti Khadijah, di samping potongan harga 20 peratus bagi pembelian di luar promosi meliputi rangkaian produk lelaki, wanita dewasa dan kanak-kanak,” katanya. – MalaysiaGazette
















