PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat lelaki disyaki menggangu seorang wanita yang enggan membayar pinjaman yang dilakukannya daripada pemberi pinjaman wang tanpa
lesen.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang merupakan pengarah syarikat telah beberapa kali membuat bayaran sebelum itu bagaimanapun enggan melakukannya setelah dimaklumkan telah terlewat bayaran dan dikenakan bunga.

“Kesemua suspek telah direman selama tiga hari dan siasatan lanjut akan dibuat,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Chang Hook, semakan mendapati kesemua suspek berusia antara 35 hingga 47 tahun masing-masing mempunyai antara lapan hingga 19  rekod jenayah yang melibatkan kes di daerah dan kontinjen lain.

Tambah beliau, kini Pegawai Penyiasat dalam proses melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.

Mengulas mengenai kes tersebut, Chang Hook berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields telah menerima laporan berkaitan kes pemberi pinjaman wang tanpa lesen secara atas talian dan gangguan daripada pemberi pinjaman wang tanpa lesen yang membawa kepada kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan wanita warga tempatan berumur 45 tahun berminat dengan tawaran pinjaman wang yang dipromosikan menerusi aplikasi Facebook oleh sebuah syarikat pemberi pinjaman wang pada Ogos lalu.

Jelasnya, wanita itu telah berhubung dengan suspek menerusi aplikasi Whatsapp dan telah berminat dengan pinjaman yang dtawarkan dan telah membuat beberapa kali pembayaran.

“Namun mangsa dimaklumkan telah terlewat bayaran dan
dikenakan bunga dan enggan membuat pembayaran tersebut sehinggalah mangsa telah menerima pelbagai gangguan daripada pemberi pinjaman wang tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Chang Hook mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lessen secara online.

Mereka perlu menyemak dahulu dengan pihak berkuasa  untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast