Seorang peniaga cedera dalam insiden 47 penjaja berdepan detik cemas apabila khemah di Bazar Makan Gastro@Serindit, Melaka diterbangkan ribut dalam kejadian petang semalam.

MELAKA – Seorang peniaga cedera dalam insiden 47 penjaja berdepan detik cemas apabila khemah di Bazar Makan Gastro@Serindit di sini diterbangkan ribut dalam kejadian petang semalam.

Kejadian kira-kira 6.45 petang itu bermula apabila angin kencang dan hujan lebat melanda kawasan terbabit selama kira-kira 15 minit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata ketika dihubungi berkata, bencana itu turut menyebabkan peralatan niaga rosak dan sebuah kereta mengalami kerosakan pada cermin belakang.

“Saya dimaklumkan, terdapat seorang peniaga cedera pada bahagian kaki manakala selebihnya 47 lagi mengalami kerosakan peralatan berniaga.

Seorang peniaga cedera dalam insiden 47 penjaja berdepan detik cemas apabila khemah di Bazar Makan Gastro@Serindit, Melaka diterbangkan ribut dalam kejadian petang semalam.

“Pihak penganjur telah diminta menilai semula bentuk bantuan yang sesuai bagi meringankan beban peniaga yang terjejas,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurutnya yang kini berada di Sabah, penganjur juga bersetuju menyalurkan beberapa bentuk bantuan segera, termasuk diskaun 50 peratus untuk bayaran sewaan bulan Disember.

“Selain itu, kutipan bayaran juga dijadualkan semula ke hujung bulan bagi membantu peniaga mengurangkan tekanan kewangan,” katanya.

Tambahnya, berkata pihaknya akan terus memantau keadaan serta bekerjasama dengan penganjur dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan peniaga terjamin sepanjang penganjuran bazar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast