KUALA LUMPUR – Laluan kontra diaktifkan di antara laluan Bandar Saujana Putra- Putrajaya di KM18.0 hinga KM19.5 di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bagi pelaksanaan kerja-kerja pemasangan paip air.

Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS), pengaktifan bermula 11 malam ini hingga 5 pagi esok, selama empat hari.

Sehubungan itu, PLUS menyarankan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan sepanjang tempoh tersebut.

“Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu katanya, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi X@plustrafik atau Papan Tanda Elektronik (VMS) di
Lokasi-lokasi terpilih.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast