Foto FB TFC.
KUALA LUMPUR – Penjaga gol pasukan Terengganu FC (TFC), Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pemeriksaan penuh semalam.
Menurut TFC, tiada kecederaan yang serius dialami Syed Muhammad Nasulhaq namun mengesahkan dia menerima jahitan di bahagian atas dan bawah mata serta mengalami bengkak di bahagian muka dan mata kiri.
“Syed Nasrulhaq diberikan tempoh rehat sementara bagi penyembuhan kesan kecederaan serta bengkak di bahagian muka dan dijangka kembali menjalani latihan bersama pasukan selepas tempoh masa yang dinyatakan.
“Semoga cepat sembuh dan kembali lebih kuat Syed,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial, hari ini.
Semalam, penjaga gol berusia 26 tahun itu berlanggar dengan pemain Negeri Sembilan FC, Jovan Motika menyebabkan Syed Nasrulhaq menerima rawatan di atas padang selama beberapa minit sebelum dibawa ke hospital.
Susulan itu, TFC membawa masuk Suhaimi Husin sebagai penggantinya untuk baki perlawanan menentang Sang Rusa.

Dalam aksi Negeri Sembilan dan TFC di Paroi, Seremban itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas pertahanan pelawat, Ubaidullah Shamsul Fazili muncul wira dengan memadamkan gol pendahuluan penyerang kebangsaan, Luqman Hakim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast