KUALA LUMPUR – Usaha mengesan Pathmanathan a/l Krishnan @ Muhammad Riduan Abdullah, bekas suami kepada Indira Gandhi masih giat dilaksanakan.
Ia termasuk siasatan lanjut terhadap dakwaan kewujudan individu yang disyaki menggunakan identiti tersebut bagi menerima pelbagai bentuk bantuan kerajaan seperti Budi 95 dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara).
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, dalam masa yang sama, semakan turut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengesahkan status Sekatan Perjalanan Khas (SPK) yang masih berkuat kuasa terhadap individu berkenaan.
Menurutnya, sejak tahun 2021, sebanyak 18 sesi pengurusan kes telah diadakan di Mahkamah Tinggi Ipoh berkaitan perkara ini, dan sesi pengurusan seterusnya ditetapkan pada 27 Februari 2026.
“Polis Diraja Malaysia menegaskan komitmen untuk mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh serta akan terus mempergiat usaha mengesan keberadaan anak dan Muhammad Ridua , selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap institusi kekiman.
“Seiap tindakan yang diambil dlam mengendalikan kes ini dilaksanakan secara profesional, telus dan berintegriti demi memastikan keadilan ditegakkan mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan mklumat yang tidak sahih sehingga boleh menjejaskan poses siasatan dan menyeru mana-mana.
Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat keberadaan suspek untuk tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat tersebut kepada balai polis terdekat. – MalaysiaGazette
















