Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut tropika, hujan berterusan dan laut bergelora di 10 buah negeri bermula hari ini hingga Sabtu ini (27-29 November).

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, negeri terlibat adalah Kedah; Pulau Pinang; Perak; Pahang; Selangor; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya; Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Menurutnya, MetMalaysia akan terus memantau perkembangan ribut tropika itu dan mengemas kini maklumat berdasarkan keadaan semasa.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat, ramalan serta amaran cuaca terkini melalui laman web MET Malaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638,” katanya.

Terdahulu, katanya, ribut tropika (Senyar) itu yang dikesan pada kedudukan utara Sumatera dan 102 kilometer (km) ke barat daya Lumut, Perak, kini bergerak ke arah timur Tenggara memasuki perairan Selat Melaka dan menuju ke barat Semenanjung dengan kelajuan sekitar 24 km/jam.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di Semenanjung Malaysia, khususnya negeri-negeri barat dan tengah Semenanjung mulai 27 November 2025 (hari ini),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast