Gambar hiasan

KUANTAN – Sebanyak 23 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang telah dibuka sehingga jam 11 pagi ini di empat buah daerah yang terkesan banjir.

Menerusi Infografik Bencanan MTL 2025 Banjir Negeri Pahang, jumlah mangsa banjir terkini sebanyak 669 orang, terdiri daripada 217 keluarga di Raub, Lipis, Kuantan dan Maran.

”Sebanyak sembilan PPS di Raub, tujuh PPS di Kuantan, lima PPS di Lipis dan dua PPS dibuka di Maran,” katanya.

Sehingga kini Sungai Luit di Maran dan Sungai Telemong di Bentong mencatatkan rekod di paras bahaya.

Manakala dua sungai yang mencatat tahap amaran ialah di Sungai Belat di Sri Damai, di sini dan Sungai Lipis di Batu Malim, Raub. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast