Seramai 13 lelaki termasuk dua penjaga premis ditahan polis di sebuah pusat sauna yang dijadikan lokasi aktiviti songsang di Jalan Perai Jaya, Pulau Pinang pada 29 November lalu.

BUKIT MERTAJAM – Seramai 13 lelaki yang ditahan dalam serbuan di sebuah sauna yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti hubungan songsang di Jalan Perai Jaya, Perai di sini semalam direman selama enam hari bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 19 hingga 16 tahun yang terdiri daripada dua pekerja premis serta 11 pengunjung itu bermula hari ini sehingga 5 Disember depan.

“Hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah namun seorang daripada mereka didapati mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 373/377B Kanun Keseksaan terhadap pengusaha dan pekerja kerana disyaki menganjurkan aktiviti seks luar tabii dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan ke atas 11 pelanggan kerana disyaki melakukan persetubuhan luar tabii.

“Siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan ke atas tujuh suspek kerana memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 ke atas dua tangkapan warga asing kerana memasuki Malaysia tanpa pas yang sah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Atok berusia 66 tahun antara 13 lelaki ditahan di sauna songsang

MalaysiaGazette terdahulu melaporkan seorang warga emas berusia 66 tahun dan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara 13 lelaki ditahan di sebuah pusat sauna di Jalan Perai Jaya, Perai.

Ketika serbuan 7 malam itu, beberapa pengunjung di tingkat dua premis itu didapati sedang melakukan aktiviti sauna dengan hanya berseluar dalam.

Difahamkan pusat sauna itu sudah beroperasi selama lima tahun namun kegiatan menarik kehadiran pelanggan songsang hanya bermula sejak dua bulan lalu dengan mengenakan caj RM35 bagi setiap kemasukan.

Selain itu, premis berkenaan turut memaparkan gambar panduan berfungsi sebagai kod komunikasi dalam kalangan pengunjung untuk mengenal pasti kecenderungan pasangan melalui pemakaian gelang tangan atau gelang kaki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast