Aaron Tai-Kang Khai Xing menundukkan Chia Wei Jie-Lwi Sheng Hao pada final beregu lelaki kejohanan badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India. - Foto FB BAM.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki muda negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing terus mempamerkan aksi konsisten apabila merangkul gelaran kedua musim ini selepas memenangi Kejohanan Badminton Syed Modi India hari ini.

Pada final berlangsung di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das hari ini, gandingan nombor 57 dunia itu menewaskan rakan senegara, Chia Wei Jie-Lwi Sheng Hao 21-9, 21-19.

Bekas juara dunia remaja itu turun sebagai pilihan keenam dan berdepan pilihan ketiga kejohanan.

Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kedua beregu muda itu ke atas Wei Jie-Sheng Hao di perlawanan akhir apabila turut menewaskan mereka pada final kejohanan Malaysia Super 100 bulan lalu.

Selaku juara, Aaron-Khai Xing membawa pulang hadiah wang tunai AS$18,960 (RM78,352) berserta pingat manakala Wei Jie-Sheng Hao berpuas hati dengan AS$9,120 (RM37,688) dan pingat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast