Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor melambai sebelum menuju ke Istana Seri Kinabalu untuk mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah selepas keputusan PRN Sabah ke-17 ketika di Sri Gaya Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah, Kota Kianabalu. Foto MOHD ADZLAN, 30 NOVEMBER 2025.

KOTA KINABALU – Drama politik pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang sengit kini menemui titik noktah apabila Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah.

Ia sekali gus menamatkan proses pembentukan kerajaan negeri secara rasmi.

Hajiji mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pada jam 3.05 pagi.

Pelantikan ini mengesahkan kedudukan beliau untuk memimpin Sabah bagi penggal akan kedua serta mengukuhkan kerjasama di antara GRS dan rakan sekutunya.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor bersama penyokong sebelum menuju ke Istana Seri Kinabalu untuk mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 ketika tiba di Sri Gaya Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah, Kota Kianabalu. Foto MOHD ADZLAN, 30 NOVEMBER 2025.

Meskipun GRS secara rasmi memenangi 29 kerusi Dewan Undangn egeri (DUN), Hajiji difahamkan berjaya mengumpul majoriti yang stabil melebihi angka keramat 37 kerusi.

Sokongan tersebut diperoleh daripada gabungan beberapa pihak termasuklah lima calon Bebas yang memenangi kerusi,tiga dari UPKO dan seorang dari Pakatan Harapan.

Gabungan sokongan ini memberikan beliau majoriti kukuh sebanyak 38 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, menjanjikan kestabilan pentadbiran.

PRN Sabah ke-17 ini menyaksikan paling ramai calon yang bertanding iaitu setamai 596 termasuk 74 calon Bebas. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast