Rebecca Nur Al-Islam.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Rebecca Nur Al Islam menasihati wanita lain terutamanya ibu tunggal agar tidak mendedahkan keburukan bekas pasangan demi kebaikan anak-anak.

Rebbeca, 39, berkata, sebagai ibu tunggal, golongan itu perlu ingat semua hanya dimiliki hanya pinjaman dan apa paling penting jangan pernah bercerita mengenai aib pasangan masing-masing.

“Bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah, kita kena pandang muka anak-anak sebab bila awak mengata pasangan, awak akan mengata diri anak-anak sebenarnya.

“Anda kena ingat, anda bercerai dan mempunyai anak. Allah itu Maha Kaya. Saya percaya sepenuhnya kepada Allah. Saya percaya yang Allah akan beri benda yang baik untuk kita,” katanya dalam sebuah video menerusi Instagram.

Rebecca menambah, dia perlu sentiasa kuat demi tujuh anak tanpa mementingkan diri sendiri.

Sebagai ibu tunggal, katanya, keutamaan utamanya kini adalah memastikan anak-anak sentiasa stabil secara emosi, justeru dia tidak boleh membiarkan dirinya tenggelam dalam kesedihan.

“Apabila berlakunya perpisahan antara saya dengan bekas suami, saya kena kuatkan diri saya. Kalau saya lemah, sedih, patah semangat dengan perkara yang sedih, kasihan dengan anak-anak saya,” katanya.

Baru-baru ini, rumah tangga Rebecca dan Datuk Nur Azman Sulaiman berakhir selepas 18 tahun berkongsi hidup.

Mereka dikurniakan enam cahaya mata dan membesarkan anak angkat, Nor Adam Daniel yang kini berusia 16 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast