Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pegawai-pegawainya yang terlibat dalam aktiviti songsang tidak lagi berada di mana-mana institusi pendidikannya hingga proses siasatan selesai.

KPM berkata, ia mengambil serius pelibatan beberapa orang pegawainya dalam aktiviti songsang seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

“KPM tidak berkompromi dengan perlakuan tidak bermoral ini. Siasatan dalaman sedang berjalan,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua ketua jabatan diingatkan untuk meningkatkan pemantauan dan memastikan kegiatan tidak bermoral dibanteras di setiap peringkat.

Seramai 17 penjawat awam antara 201 individu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan yang disuaki menjadi lelaki songsang berkumpul dan melakukan aktiviti tidak bermoral.

Mereka berumur antara 19 dan 60 tahun.

Operasi bermula jam 8 malam itu dijalankan oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) susulan risikan selama dua minggu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar berkata, Mohd Azani berkata, premis itu dipercayai beroperasi setiap hari sejak lapan bulan lalu dan disyaki mempromosikan aktivitinya melalui media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast