Bursa Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pelabur asing meneruskan aliran jualan bersih untuk dua minggu berturut-turut, mencatatkan aliran keluar sebanyak -RM484.8 juta.

MBSB Research berkata, hari Jumaat (-RM484.5 juta) dan Isnin (-RM328.4 juta) merupakan dua hari yang mencatatkan jualan bersih oleh pelabur asing.

Manakala hari Khamis mencatatkan aliran masuk terbesar sebanyak RM158.3 juta, diikuti Rabu (RM120.5 juta) dan Selasa (RM49.4 juta).

Menurutnya, tiga sektor teratas yang mencatat aliran masuk bersih asing minggu lalu ialah perkhidmatan kewangan (RM226.0 juta), telekomunikasi & media (RM154.0 juta), dan produk & perkhidmatan pengguna (RM69.6 juta).

Firma penyelidikan itu menambah, tiga sektor teratas yang mencatat aliran keluar bersih asing ialah utiliti (-RM420.5 juta), produk & perkhidmatan perindustrian (-RM310.1 juta), dan pembinaan (-RM63.6 juta).

Sementara itu, pelabur institusi tempatan meneruskan aliran belian bersih untuk dua minggu berturut-turut pada RM356.4 juta.

Begitu juga, pelabur runcit mencatat belian bersih untuk minggu kedua berturut-turut pada RM128.4 juta.

Purata jumlah dagangan harian (ADTV) menunjukkan peningkatan secara menyeluruh dengan pelabur runcit mencatat peningkatan +9.3%, manakala pelabur institusi dan pelabur asing masing-masing mencatat peningkatan +1.2% dan +42.0%. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast