Sebahagian orang ramai melihat model rumah yang dipamerkan pada Majlis Pecah Tanah Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya, Tanjung Karang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 15 FEBRUARI 2025
GAMBAR STOK: Sebahagian orang ramai melihat model rumah yang dipamerkan pada Majlis Pecah Tanah Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya, Tanjung Karang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 15 FEBRUARI 2025

IPOH – Program Residensi Rakyat (PRR) di Perak kini berada pada fasa pelaksanaan yang aktif bagi memastikan keperluan perumahan rakyat dapat dipenuhi.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, sehingga Oktober lalu, terdapat 843 permohon PRR yang masih menunggu untuk menduduki kediaman tersebut.

Menurutnya, bagi tahun 2025 sahaja, permohonan baru untuk menduduki PRR adalah sejumlah 378 pemohon.

“Bagi projek PRR di Lenggong, surat pelantikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) sebagai agensi pelaksana telah diterima daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

PRR Perak memasuki fasa pelaksanaan aktif
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 DISEMBER 2025.

“Projek tersebut kini dalam proses penyelarasan dokumen termasuk Client Brief of Requirement (CBOR), Anggaran Kos Awalan (AKA) dan Schedule of Accommodation (SOA) sebelum perolehan bagi pelantikan kontraktor dibuat melalui tender terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan S Wasanthee (PH-Hutan Melintang) pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Sementara itu, bagi PRR Tambun, Sandrea memaklumkan, berdasarkan maklumat daripada KPKT, sesi taklimat tender telah diadakan pada 23 Oktober 2025.

“Tarikh tutup tender ditetapkan pada 24 Disember ini dengan proses penilaian dijalankan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh tersebut,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

RM8.5 juta peruntukan perumahan kepada rakyat di Perak

20 tahun menyewa, Asri bersyukur miliki kediaman sendiri melalui Rumah Perakku

89 projek perumahan swasta bernilai RM6.5b berjaya dipulihkan – KPKT

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast