Gambar hiasan

TANAH MERAH – Seorang warga emas direman enam hari untuk membantu siasatan selepas dipercayai membunuh isterinya di Kampung Paku, di sini semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini di Mahkamah Majistret, di sini bermula hari ini hingga 7 Dis bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek berumur 63 tahun itu yang berpakaian lokap tiba di mahkamah pada 9.25 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Semalam, media melaporkan seorang wanita dikenali Mastura Abdullah, 40, dipercayai dibunuh suaminya di sebuah rumah di Kampung Paku. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast