Anggota dari Unit Pengenalpastian Mangsa Bencana (DVIU) bekerja di dalam sebuah blok apartmen yang terbakar di Wang Fuk Court di daerah Tai Po, Hong Kong. foto AFP

HONG KONG – Angka kematian dalam kebakaran paling dahsyat di Hong Kong dalam beberapa dekad meningkat kepada 159 orang selepas semua blok perumahan yang terjejas selesai diperiksa.

Bagaimanapun, kata polis, angka itu mungkin belum muktamad.

Kebakaran yang berlaku pada Rabu lalu itu telah membakar keseluruhan Wang Fuk Court di daerah Tai Po di utara, sekali gus menjadi kebakaran bangunan kediaman paling maut di dunia sejak 1980.

“Kami telah menemui 159 mayat, dan 140 daripadanya dikenal pasti secara awal,” kata Pesuruhjaya Polis Joe Chow pada sidang media sambil menyifatkan maklumat itu sebagai “laporan sementara” selepas operasi pencarian di bangunan tersebut selesai.

Beliau berkata, angka korban masih boleh berubah kerana anggota polis juga telah menemui “tulang manusia yang disyaki” yang memerlukan ujian forensik.

Mangsa yang terkorban termasuk sekurang-kurangnya 91 wanita dan 49 lelaki, dengan mangsa termuda berusia satu tahun dan yang tertua 97 tahun, tambah Chow. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast