SERDANG – Para petani di Kedah yang terjejas akibat banjir bakal menerima bantuan Tabung Bencana Pertanian.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah kerugian akan diketahui dalam beberapa hari sahaja lagi.
“Insya-Allah dalam masa beberapa hari lagi kita akan dapat angka kerugian petani yang sebenar. Kemudian kita akan gunakan tabung pencana itu untuk membantu para petani dan layak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa pra pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS, hari ini.
Menurut beliau, bantuan kepada para petani yang terjejas banjir akan diberikan dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, Mohamad berkata, bantuan kepada petani dilaksanakan secara aktif selepas banjir, dengan tumpuan kepada bancian kerosakan.
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Bencana Pertanian dengan jumlah peruntukan RM25 juta bagi tahun ini.- MalaysiaGazette
















