USM menerima wang tunai RM15,000 dan sijil penyertaan.

SHAH ALAM – Universiti Sains Malaysia (USM) dinobatkan sebagai johan menerusi video pendek bertajuk ‘Angan’, yang memaparkan mesej mendalam mengenai kehidupan seorang pemuda yang berusaha mengejar impiannya tanpa merungut dan sentiasa bersyukur hingga berjaya.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Pertandingan ini telah mendapat 117 penyertaan daripada 25 institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara.

Daripada penyertaan 585 pelajar pelbagai latar belakang, 25.6% penyertaan diterima daripada pelajar bukan Islam.

Hadiah berupa sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah RM15,000 untuk johan; RM10,000 untuk naib johan; RM5,000 untuk tempat ketiga dan 5 pemenang saguhati masing-masing mendapat RM1,000 setiap satu.

IKIM berharap pertandingan seperti ini akan terus menjadi platform untuk memperkukuhkan kefahaman Islam dan memelihara keharmonian negara dalam kalangan masyarakat menerusi medium seni kreatif.

Hadiah kemenangan tersebut telah disampaikan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd Yusof Haji Othman, Timbalan Pengerusi IKIM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast