Foto: Facebook Football Association of Malaysia

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan PUMA Malaysia hari ini melancarkan jersi ketiga skuad Harimau Malaya bagi musim ini, yang menggabungkan inovasi prestasi dengan elemen reka bentuk moden dan segar.

Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan berkata, jersi yang menampilkan kombinasi warna biru dan merah itu menggunakan tema ‘Bangkit Bersama’ yang melambangkan semangat ketabahan kolektif serta fokus baharu terhadap bola sepak negara.

“Edisi ini turut menampilkan padanan warna baharu bersama corak belang harimau sebagai penghormatan kepada identiti bola sepak Malaysia – keberanian, kekuatan dan aspirasi terhadap kecemerlangan,” katanya dalam kenyataan FAM, hari ini.

Pelancaran jersi ketiga pasukan kebangsaan itu melengkapkan rangkaian jersi musim ini selepas jersi tuan rumah dan jersi tempat lawan masing-masing dilancarkan awal tahun ini.

Jersi yang dilengkapi teknologi prestasi dan kelestarian terkini PUMA itu kini boleh didapati pada harga RM319 di laman web PUMA.com, Kedai PUMA serta beberapa kedai terpilih Al-Ikhsan dan Football Republic. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast