Naazron Abdul Yusof.

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras bersama abangnya ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang, malam ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa yang berusia 12 tahun itu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi mereka dilaporkan terjatuh.

“Kanak-kanak lelaki itu ditemukan tidak sedarkan diri di Sungai Kantan dan diberikan bantuan kecemasan pada 7.47 malam sebelum dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

“Tapi sedihnya, dukacita saya maklumkan pada 10 malam tadi, beliau telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian, di sini malam ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat juga masih berjalan bagi mencari abang kepada mangsa yang berusia 14 tahun. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast