Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa beliau masih menilai dan belum membuat keputusan mengenai rombakan kecil Kabinet. Beliau menegaskan keputusan itu adalah prerogatif Perdana Menteri dan perlu dibuat setelah berbincang dengan semua pemimpin parti, termasuk Datuk Seri Zahid Hamidi dan DAP, yang belum ditemui mengenai perkara tersebut.















