PLKN
Gambar hiasan.

KUANTAN – Semakan pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) Siri 1 Tahun 2026 dibuka bermula hari ini.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan bahawa PLKN 3.0 bagi Siri 1 Tahun 2026 akan diadakan bermula pada 17 Januari sehingga 3 Mac 2026.

Katanya, ia melibatkan dua buah kem Askar Wataniah (AW) iaitu Rejimen 515 (AW), Kuala Lumpur dan Rejimen 505 (AW), Pekan Pahang.

”Terdapat empat siri latihan PLKN3.0 akan dilaksanakan bagi tahun hadapan.

”Sehubungan dengan itu, semakan kepada bakal pelatih (SIRI 1/2026) bagi daftar kelahiran tahun 2008 boleh dilakukan bermula 4 petang ini di laman sesawang atau pautan sistem ePLKN 3.0: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.” katanya menerusi kenyataan.

Bagi memastikan proses kelancaran pendaftaran dan pentadbiran, para pelatih yang terpilih perlu mengesahkan kehadiran melalui sistem ePLKN 3.0 sehingga 25 Disember 2025.

Bagi siri-siri latihan PLKN seterusnya pihak JLKN akan memaklumkan secara berperingkat.

Bakal pelatih diingatkan supaya sentiasa peka dengan pengumuman di saluran rasmi JLKN untuk menyemak sistem ePLKN dari masa ke semasa.

”JLKN ingin menegaskan bahawa kehadiran pelatih yang terpilih adalah diwajibkan

”Kegagalan untuk melapor diri tanpa alasan yang munasabah akan dianggap sebagai ingkar arahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara,” katanya.

Maklumat lanjut berhubung perkara ini sila hubungi Unit Pelatih, Sektor Latihan, JLKN di talian 03-4013 (Sam: 3612 / 3613 / 3614 / 3604 / 3603 / 3626) atau layari laman sesawang https://ilkn.mod.gov.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast