Suspek berjaya ditahan anggota polis selepas cuba melarikan diri - Foto Ihsan Polis

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dan mengugut bunuh ibunya selepas permintaan beliau untuk diberikan wang tidak dipenuhi dalam kejadian di Batu 2, Jalan Apas, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam Sabtu lalu apabila suspek berusia 23 tahun datang ke rumah dan meminta wang daripada ibunya yang berumur 58 tahun.

“Ketegangan berlaku apabila suspek menumbuk dinding rumah dan mengeluarkan kata-kata ancaman dengan perkataan ‘bunuh’ sehingga membuatkan mangsa ketakutan dan tampil membuat laporan polis.

“Apabila permintaan itu ditolak, suspek bertindak agresif dengan menumbuk dinding dan mengeluarkan ancaman bunuh sehingga menyebabkan mangsa ketakutan dan membuat laporan polis.

“Bertindak atas laporan itu, polis mengesan suspek di kawasan perkampungan Batu 2, Jalan Apas kira-kira jam 3 petang semalam.

“Ketika tangkapan dibuat, suspek cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam parit berhampiran sebelum anggota polis terpaksa menggunakan kekerasan minima untuk menahannya,” katanya.

Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast