Gambar hiasan

BEIJING – Sebanyak 12 orang maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah bangunan kediaman di selatan China, lapor Xinhua.

Kematian ini berlaku selepas China melancarkan kempen menangani kebakaran di bangunan tinggi selepas kebakaran besar di Hong Kong bulan lalu mengorbankan 160 orang.

Kebakaran di bangunan empat tingkat di Shantou, wilayah Guangdong itu tercetus sekitar jam 9.20 malam pada Selasa dan berjaya dipadamkan selepas jam 10 malam, menurut kenyataan jabatan bomba tempatan.

“Bangunan yang terbakar itu merupakan struktur konkrit bertetulang setinggi empat tingkat,” kata Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Chaonan sambil menambah kebakaran tersebut melibatkan kawasan seluas 150 meter persegi (1,600 kaki persegi).

Menurutnya, siasatan punca kebakaran dan kerja-kerja pasca kejadian sedang dijalankan.

Laporan awal pada pagi Rabu menyatakan, lapan orang telah terkorban, manakala empat lagi yang cedera telah dibawa ke hospital.

Namun, Xinhua kemudian melaporkan jumlah kematian meningkat kepada 12 orang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast