Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atau Jabatan Perhutanan Negeri Selangor digesa menyiasat dakwaan berlaku pembersihan hutan secara haram dekat Taman Damai, Batu 18, Hulu Langat.
Aktiviti itu didakwa menjadi salah satu punca insiden banjir berulang seperti di Jalan dan Kampung Sungai Serai, Sungai Lui, Kampung Jawa, Batu 18, Dusun Tua, Batu 14, Batu 13 serta Dusun Nanding.















